By wassim

Selamat datang. Ya selamat datang kepada aku selaku orang baru kat sini. Ye la aku memang tak pernah pun memblog ni. First time kot. Pengalaman mesti diterokai kan? Ibarat mutiara yang tidak diketahui kedudukannya. Walhal memang senang nak ditemui. Peluang depan mata. Aku dah mula dah dengan kejiwangan bahasa melayu yang aku miliki sejak 16 tahun dahulu. Hahaha. Okay, macam mana nak mulakan eh? Aku rasa untuk post sulung aku ini adalah lebih baik aku kenalkan diri aku. Aku memang suka kenalkan diri ni. Mana taknya, pertama, lazimnya orang akan perkenalkan nama dulu kan? Aku nak kenalkan nama dulu la ni. Nama aku Wassim Fairuz. Nak tau apa kelaziman kedua? Orang akan tercengang dan berkata, ” ape? ulang semula. “. Oh! Baru aku sedar yang nama aku ni memang jarang kedengaran. Apatah lagi kat Malaysia ni. Apabila aku buka kamus oxford Bahasa Arab, huruf ‘ waw ‘, memang akan jumpa perkataan ‘ Wassim ‘. Dan dengan geli hatinya ingin aku katakan bahawa maksudnya ialah kacak. Hahaha. Korang asal gelak pulak? Nama aku tu. Tidakku sangka pasangan sejoli yang merupakan kedua-dua ibu bapaku akan menamakan putera sulungnya dengan nama sebegitu rupa. Hahaha. Apa boleh buat? Kurnian tuhan. Aku memang berniat nak memanjang jelakan post sulung aku ni.

Okay, aku dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) atau sekarang ni orang panggil HKL je. Orang-orang KL memang biasa la dengan hospital ni. Hari-hari ada je orang sakit kan? Kalau nak ingat balik nombor katil tempat mak aku bersalinkan aku memang payah la. Tapi, tarikhnya memang sentiasa tertulis di kad pengenalan aku berwarna biru. 930507. Tebalikkan la! Baru tau. Hahaha. Kalian memang digalakkan untuk mengingat tarikh ini dan berikanlah hadiah atau paling tidakpun ucapan yang tidak seberapa kepada aku. Setiap tahun, umur makin meningkat dan saat ke jinjang pelamin menjadi igauan buatku. Hahaha. Sabar je la. Umur baru 16 dah nak fikir kahwin. Buat ketika ini, aku masih menetap bersama ibu bapaku di Ampang. Memang Ampang di tengah-tengah bandar. Sesak. Tiap pagi ada je amoi yang memekik melolong nak melakukan sayur-sayur dia. Sang apek pulak nak lakukan surat khabar dia. Aduih. Nasib baik la aku duduk kat asrama di Klang. Aku sebenarnya belajar di sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Klang. Tidak enak kalau aku sendiri yang menyebut nama sekolah tu. Dan adalah lebih baik kalian semua yang bertungkus-lumus mencarinya sendiri. Semoga berjaya ya. Aku merupakan anak sulung daripada 3 adik-beradik dan keindahan menjadi abang sulung memang tidak terucap oleh kata-kata disebabkan kepedihannya yang mengatasi segalanya. Anak sulung memang aset penting dalam keluarga. Kerana apa? Tanya la abang-abang atau kakak-kakak kalian sendiri. Hahaha. Apa lagi yang ingin aku carutkan sekarang ini ialah kegianan aku untuk terus dan terus menulis. Ya! Semoga esok hari aku berpeluang lagi untuk mencapapkan rutin aku. Nantikanlah 🙂


0 Responses to “Tentang Aku”



  1. Leave a Comment

Leave a comment




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 1 other subscriber

Categories

Flickr Photos

Top Clicks

  • None